Tuesday, May 17, 2011

pardon me for the sensitive issue.

 Ibrahim: 'Kalau nak perang salib boleh'


Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika
mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara
ini.

ibrahim ali perkasa ceramah in gombak 3“Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita
ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan
sambut…Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut.

“Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan
darah,” katanya disambut tepukan kira-kira 150 hadirin.

Bercakap dalam satu majlis anjuran Komuniti 1Malaysia di Kampung Kerdas dan Kampung Changkat, Gombak malam tadi,
Ibrahim menuduh orang Kritisn "mencabar posisi, kedaulatan
orang Melayu Islam”.

Beliau merujuk kepada dakwaan bahawa sekumpulan pastor merancang untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini, dan melantik seorang perdana menteri Kristian. Ia dilaporkan Sabtu lalu oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia

“Ini satu cabaran ke arah kedaulatan umat Islam yang majoriti
Negara ini…Mula dengan bangsa berjangkit dengan agama. Bila bangkit soal agama ertinya soal jihad,” tegas Ibrahim.

ibrahim ali perkasa ceramah in gombak 2Ahli parlimen Pasir Mas itu mendakwa kumpulan minoriti berani mencabar ketuanan Melayu dan Muslim kerana mereka
digalakkan oleh ketua umum PKR Datuk Anwar Ibrahim untuk menarik undi mereka.

“Ramai orang Kristian di Malaysia orang Cina. Orang Kristian (di dunia) ramai di Amerika Syarikat. Tali barut Amerika Syarikat di Malaysia Anwar Ibrahim. Kita nampak, dah masuk saf-safnya,” katanya.

Tetapi Ibrahim silap kerana golongan Bumiputera merupakan kumpulan terbesar penganut Kristian dalam masyarakat Malaysia.

___________________________________________________________________________________

Mohs Sabri Said   
GEORGETOWN, 9 Mei: Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, tidak timbul langsung soal Kristian mahu menjadi agama rasmi negara manakala Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Mansor Othman pula mengesyaki Umno di belakang isu ini.

Menurut Mujahid, sepanjang mengadakan dialog, pertemuan atau penerangan dasar perjuangan Islam di serata gereja termasuk di Sabah dan Sarawak tidak timbul langsung suara daripada kalangan paderi mereka mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini.

Jelasnya, hasil penerangan mereka sendiri pun tahu dan akur bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan yang telah termaktub dalam perlembagaan sejak dulu dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana -mana pihak.

"Saya hairan bagaimana isu ini boleh timbul di dada akhbar kononya pertemuan paderi di Pulau Pinang mahukan Kristian sebagai agama rasmi walhal ia mustahil sekali berlaku kecuali isu ini cuba dimainkan oleh Umno untuk mengwujudkan ke marahan Umat Islam menjelang pilihanraya umun kelak," terangnya.
Manakala itu, Ketua Paderi Kristian Malaysia, Tan Sri Datuk Murphy Nicholas Pakiam menafikan laporan Utusan itu dan menyifatkan ianya sebagai satu laporan tidak berasas sama sekali dan tidak beretika.

"Bagi pihak Paderi Katholik Malaysia, saya menafikan dakwaan itu bahawa perjumpaan itu berlaku dan akan berlaku di mana-mana gereja Katholik, Pulau Pinang.

"Jelas, laporan ini tidak berasas dan sangat tidak bertanggungjawab kerana pemberita atau editor akhbar berkenaan tidak pernah berusaha mengambil langkah untuk mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh blogger tanpa nama itu," kata Murphy dalam kenyataan medianya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas laporan Utusan 7 Mei lalu yang melaporkan di muka depannya dengan tajuk "Malaysia negara Kristian" yang mendakwa paderi Kristian sedang berbincang untuk menjadikan Kristian agama rasmi bagi membolehkan orang Kristian menjadi perdana menteri negara ini.
Mujahid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang rasa 'pelik' tiba-tiba sahaja isu ini digemburkan dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) didapati gagal dalam urus tadbir negara dengan berkesan sehingga negara menjadi tercorot dalam kemajuan sebaliknya menjadi negara terlaris dalam bidang rasuah dan penyelewengan.

"Kepimpinan BN cuba belitkan isu sensitiviti perkauman pula selepas mereka gagal memecahkan Pakatan Rakyat.  Banyak isu yang ditimbulkan akan hilang malahan ada yang makan diri.  Jadi untuk memastikan BN senantiasa ada isu satu persatu dicipta sehinggalah bertemu tarikh pilihanraya, " tambah beliau.

Kata beliau, isu ini begitu bahaya kepada kestabilan negara seandainya pihak berwajib tidak tangani segera dengan menyiasat blog-blog yang menyiarkan isu berkenaan.

"Orang melayu mesti bangkit menunjukan bantahan jika sayangkan kestabilan negara ini.  Kita tahu siapa sebenarnya yang mencorakan keadaan, " tegasnya.

________________________________________________________________________________


Bila kita terlalu obses kadangkala kita dibutakan oleh hati dan minda kita sendiri. Bila perspektif kita terlalu sempit, inilah yang akan kita lakukan. Kita hanya bercakap dan berfikirsesuka hati kita, seperti orang lain tidak layak hidup di dunia yang diciptakan Dia ini. Kita kerap mewar-warkan keamanan, kerap kali kita berbangga bahawa kita hidup dalam negara yang aman. Kita kononnya bangga kita mampu mengekalkan keamanan  meski berbilang bangsa dan agama. Tapi... * deep breath * benarkah kita seperti itu ? amankah negara kita ? atau itu hanya ayat-ayat untuk mengaburkan mata dan menjaga nama baik negara di mata dunia ? 



Mengapa harus ada isu ini ? Mengapa kita mempertikaikan isu ini. Islam ialah agama rasmi negara kita. Itu realiti yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Negara dan kita tidak akan cuba untuk menyangkal realiti itu. Tapi mengapa sesetengah pihak masih mahu menimbulkan isu yang mampu memecahbelahkan perpaduan kita ini ? Tidakkah mereka berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata setajam pedang itu ? Bila ada hati yang terluka, ingatlah bahawa ia mampu menimbulkan pergolakkan yang tiada taranya.
Di sini mungkin baik kiranya ditekankan lagi maksud perkataan AGAMA itu sendiri. Agama lazimnya adalah kepercayaan kepada Tuhan. Ia bukan sahaja perhubungan antara manusia dan Tuhan tetapi juga antara manusia dengan manusia. Tidak ada agama yang mengajar supaya kita melaga-lagakan manusia untuk kebaikkan agama itu sendiri. Setiap agama mahukan penganutnya untuk terus melakukan kebaikan dan membantu satu sama lain dalam kehidupan seharian. Kita tidak diajar untuk memburuk-burukan agama lain untukmenaikkan nama agama kita. sekirannya ada, mungkin terdapat kesilapan dalam fahaman kita. Setiap kita diminta untuk melakukan pertimbangan dahulu sebelum melakukan apa juga perkara. Adakah pertimbangan mereka yang mengeluarkan kenyataan tidak bernas itu telah hilang ? atau mereka memang tidak tahu membuat pertimbangan langsung ? 


Dimana kita berdiri ketika ini ? Adakah kita membuta-tuli mempercayai kenyataan-kenyataan palsu yang keluar dari mulut yang kononnya mahukan keamanan itu..  jangan, jangan terlalu cepat hilang kawalan. Dengarlah dari kedua-dua pihak dahulu sebelum mempercayai kenyataan-kenyataan tidak bertanggungjawab itu. 


Keobsesan itu kadangkala harus dikurangkan. Kerana pertimbangan kita langsung hilang bila diri terlalu obses. Hormatlah satu sama lain, Hormatlah kepercayaan orang lain. kerana keamanan dan keharmonian itu sebenarnya lahir dari sikap diri kita sendiri. 


Kita kan 1 Malaysia ? Jangan 1 Malaysia itu hanya menjadi ungkapan. Mungkin kita belum memahami maksud sebenar slogan '1 Malaysia ' yang diwar-warkan Perdana Menteri kita itu. FIkir-fikirkan.